Thursday, 11 December 2014

SUKAN SEKOLAH

HARI SUKAN SEKOLAH

Tarikh : 30 Oktober 2014
Hari : Khamis
Tempat : Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu

Hari Sukan Sekolah merupakan program tahunan yang akan dijalankan di sekolah ini setiap tahun. Pada hari sukan ini pihak sekolah telah merancang untuk menjalankan Sukaneka, Merentas Desa dan Sukan Sekolah serentak. Walaubagaimanapun perancangan telah diatur dengan baik mengikut jadual yang telah ditetapkan.
     Senam Seni diadakan pada awal pagi bagi meregangkan otot-otot untuk melancarkan aktiviti yang akan dijalankan nanti. Semua murid dan guru mengambil bahagian. Seterusnya acara Merentas Desa dilansungkan dan dilepaskan oleh Guru Besar En. Abdul Karim Bin Md. Haniffa serta diiringi oleh Penolong  kokurikulum. Murid-murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 yang telibat dalam acara Merentas Desa. Acara Sukaneka dijalankan di Dewan Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu setelah acara Merentas Desa dilepaskan. Murid-murid Pra Sekolah, murid Tahun 1 dan Murid Tahun 2 terlibat dalam acara sukaneka.
     Selepas selesai acara Merentas Desa dan Sukaneka murid-murid diberi rehat. Apabila selesai waktu rehat lebihkurang 30 minit, acara padang diteruskan. Antara acara padang yang dipertandingkan adalah seperti Lompat Tinggi, Lompat Jauh dan Lontar Peluru. Seperti sedia maklum Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu tidak mempunyai padang maka acara seperti berlari 100m, 200m dan sebagainya tidak dapat dijalankan.

















































































































































No comments:

Post a Comment