Tuesday, 4 June 2013

PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2013

PENGENALAN
Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program yang disusun atur agar semua pelajar dan warga pendidikan menggembeling idea, tenaga dan jentera bagi mewujudkan rangkaian kerja yang menyeluruh dan bersistematik dalam membenteras isu dadah di peringkat sekolah dan komuniti serta Negara.

RASIONAL
Pelajar adalah pewaris kepimpinan dan bakal penyambung warisan bangsa dan agama  di masa hadapan. Oleh itu diharapkan program ini dapat memberi kesedaran agar pengaruh dadah dibelenggu dari peringkat awalan secara berterusan.

MATLAMAT
Mewujudkan
SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2016

TEMA:
‘SATU MALAYSIA MEMBENTERAS DADAH’

OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

  • Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  • Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal , emosi, mental, mental dan rohani.
  • Membentuk budaya dan tingkah laku dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  • Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah.
PELAKSANAAN

Program ini dilaksanakan dari 10 Mac 2013 hingga 11 April 2013. Ia melibatkan semua murid-murid dari Tahap 1 dan Tahap 2. Beberapa aktiviti telah dirancang seperti mewarna untuk murid Tahap 1, melukis poster untuk murid Tahap 2 yang melibatkan Panitia Pendidikan Seni Visual. Manakala menulis pantun, menulis essei berkenaan anti dadah dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Aktiviti menghasilkan folio anti dadah dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling SKAM dan Panitia Kajian Tempatan.

PENUTUP
Program  Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah merupakan satu dari wadah warga pendidikan dalam usaha menyahut seruan kerajaan. Adalah diharapkan objektif utama Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah sebagai persediaan, pengetahuan bagi membentuk jati diri di peringkat sekolah rendah lagi akan bahaya dadah. Adalah juga diharapkan dengan perlaksanaan aktiviti yang melibatkan keseluruhan pelajar ini dapat membentuk sikap,disiplin dan jatidiri pelajar dalam menghadapi pelbagai gejala masa kini yang sangat mencabar. Oleh itu Unit PPDa SKAM mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat , sama-sama berniat ikhlas dan baik sebagai amal jariah dan sumbangan kepada agama, bangsa dan Negara.


No comments:

Post a Comment