PROGRAM PENDIDIKAN
PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 2013
PENGENALAN
Bulan Pendidikan
Pencegahan Dadah merupakan satu program yang disusun atur agar semua pelajar
dan warga pendidikan menggembeling idea, tenaga dan jentera bagi mewujudkan
rangkaian kerja yang menyeluruh dan bersistematik dalam membenteras isu dadah
di peringkat sekolah dan komuniti serta Negara.
RASIONAL
Pelajar adalah pewaris
kepimpinan dan bakal penyambung warisan bangsa dan agama di masa hadapan. Oleh itu diharapkan program
ini dapat memberi kesedaran agar pengaruh dadah dibelenggu dari peringkat
awalan secara berterusan.
MATLAMAT
Mewujudkan
SEKOLAH BEBAS
DADAH TAHUN 2016
TEMA:
‘SATU MALAYSIA
MEMBENTERAS DADAH’
OBJEKTIF
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
- Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan
kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan
sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
- Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi
dikalangan murid dari segi fizikal , emosi, mental, mental dan rohani.
- Membentuk budaya dan tingkah laku dan
mengamalkan nilai-nilai murni.
- Melibat dan mewujudkan permuafakatan
masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah
penyalahgunaan dadah.
PELAKSANAAN
Program ini dilaksanakan dari 10 Mac 2013 hingga 11 April 2013. Ia melibatkan semua murid-murid dari Tahap 1 dan Tahap 2. Beberapa aktiviti telah dirancang seperti mewarna untuk murid Tahap 1, melukis poster untuk murid Tahap 2 yang melibatkan Panitia Pendidikan Seni Visual. Manakala menulis pantun, menulis essei berkenaan anti dadah dikelolakan oleh Panitia Bahasa Melayu. Aktiviti menghasilkan folio anti dadah dikelolakan oleh Unit Bimbingan dan kaunseling SKAM dan Panitia Kajian Tempatan.
PENUTUP
Program
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah merupakan satu dari wadah warga
pendidikan dalam usaha menyahut seruan kerajaan. Adalah diharapkan objektif
utama Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah sebagai persediaan, pengetahuan
bagi membentuk jati diri di peringkat sekolah rendah lagi akan bahaya dadah.
Adalah juga diharapkan dengan perlaksanaan aktiviti yang melibatkan keseluruhan
pelajar ini dapat membentuk sikap,disiplin dan jatidiri pelajar dalam
menghadapi pelbagai gejala masa kini yang sangat mencabar. Oleh itu Unit PPDa
SKAM mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat ,
sama-sama berniat ikhlas dan baik sebagai amal jariah dan sumbangan kepada
agama, bangsa dan Negara.