Saturday, 16 February 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2013

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah merupakan satu program tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pada tahun ini ianya di sambut dengan lebih meriah lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Murid-murid perempuan berpakaian baju kurung dan murid-murid lelaki berbaju melayu. Program ini melibatkan semua warga SKAM iaitu semua guru SKAM, Staf sokongan, guru-guru KAFA dan para waris.

Acara dimulakan dengan selawat beramai-ramai di Tapak Perhimpunan pada pukul 7.50 pagi diikuti oleh perarakan guru dan murid mengelilingi kawasan kampung di sekitar sekolah. Perarakan berakhir di Tapak Perhimpunan pada pukul 9.00 pagi.

Seterusnya guru-guru, staf dan guru-guru KAFA mengadakan sesi bergambar beramai-ramai. Pada pukul 11.00 pagi berlansungnya majlis Ceramah Maulidul Rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Zolkifli bin Hj. Deris PK Kokurikulum SK Bukit Tampoi, Kuala Nerang Kedah Darul Aman. Selasai ceramah murid-murid menjawab soala-soalan kuiz yang disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam diberikan hadiah saguhati kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul. Majlis berakhir dengan selawat penutup pada pukul 1.15 tengahari.


































2 comments:

  1. Tahniah kepada semua warga SKAM.

    ReplyDelete
  2. Sy pelajar lama skam dulu dah 20 tahun menggalkan skm

    ReplyDelete