Thursday, 31 January 2013

MAJLIS PELANCARAN KARNIVAL 80 TAHUN SKAM



 Pelancaran yang telah dirasmikan oleh            

DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD HANIFAH
DHMS., DSDK.,AMK.,PPN.,BKM.,PJK.,JP (BN).


Tuesday, 8 January 2013

JAWATANKUASA KARNIVAL 80 TAHUN SKAM

JAWATANKUASA KARNIVAL 80 TAHUN SKAM


LOGO 80 TAHUN SKAM


LENCANA SEKOLAH



 KETERANGAN WARNA-WARNA PADA LENCANA
                   HIJAU     
~
SEKOLAH DALAM TAMAN
BIRU      
~
KECEMERLANGAN AKADEMIK
MERAH  
~
SEMANGAT JUANG
KUNING
~
SAKSAMA UNTUK SEMUA

SENARAI GURU BESAR SK ALOR MENGKUDU
       
TAHUN
NAMA GURU BESAR
MULA
TAMAT
1951
1961
ENCIK OTHMAN BIN TAIB
1961
1978
ENCIK JOHARI BIN MOHAMAD
1978
1980
ENCIK KHAMIS BIN SHAFIE
1980
1983
ENCIK HAMID BIN ABU SEMAN
1983
1986
ENCIK SUBLY BIN AHMAD
1986
1988
TUAN HAJI ISMAIL BIN SAID
1988
1992
ENCIK MOHD SHAHABUDIN BIN HAJI ISHAK
1992
1994
ENCIK MAHMUD BIN TAHA
1994
1996
ENCIK MOHAMAD BIN SAD
1996
2001
ENCIK JAFRI JOHAN BIN ZAINUDDIN
2001
2005
TUAN HAJI AROM BIN ALI
2005
2011
PUAN HAJAH JAMALIAH BINTI IBRAHIM
2011
2011
ENCIK ZOLKIFLI BIN HARUN
16 JULAI 2011 (KINI)
ENCIK ABDUL KARIM BIN MD HANIFFA

SENARAI PENGERUSI PIBG  SK ALOR MENGKUDU

TAHUN
NAMA PENGERUSI PIBG
MULA
TAMAT
1980
1981
TUAN HAJI ISHAK BIN ISA
1981
1983
ENCIK HASSAN BIN SAAD
1983
1989
ENCIK IBRAHIM BIN HAJI OMAR
1989
2001
ENCIK MOHD. ZUHDI BIN HAJI ISHAK
2001
2005
ENCIK MAT SOKKRI BIN ISMAIL
2005 (KINI)
TUAN HAJI NIK AHMAD KAMAL BIN NIK HAMID

SEJARAH SEKOLAH


SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN ALOR MENGKUDU

Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu yang awalnya telah dibina pada tahun 1933 di atas tapak jariah Encik Hasan bin Tajuddin. Usaha mendirikan sekolah dibuat secara gotong-royong. Panjang bangunan 32 kaki berdinding buluh, manakala boleh memuatkan 30 orang dengan guru Encik Lebai Isa bin Mahmud. Mata pelajaran yang diajar ialah pelajaran Jawi dan Matematik. Gaji guru dibayar secara pungutan beras daripada waris kanak-kanak.
          Sekolah awal telah dirobohkan pada tahun 1937. Pembinaan kali kedua sekolah ialah pada tahun 1938 di atas di atas tapak jariah Tuan Haji Idris bin Abdul Rahman, Guru Pondok Haji Idris. Jumlah murid ialah 80 orang. Pada tahun 1944, sekolah ini juga telah roboh dan murid-murid terpaksa belajar di bawah rumah.
          Pembinaan sekolah kali ketiga ialah pada tahun 1947 dan hanya siap pada tahun 1948. Keluasan bangunan 60 x 30 kaki di atas tapak tanah Tuan Guru Haji Idris SPK.no 5811 Lot no 557 Mukim Gerga. Sekolah ini berbumbungkan zink, berdindingkan papan dan bertingkap. Guru besar ialah Encik Osman bin Taib dan empat orang guru penolong.
          Pada tahun 1962, jumlah murid bertambah seramai 130 orang dan sekolah kekurangan bilik tempat belajar. Tuan Imam Haji Hashim bin Lebai Shafie telah mewakafkan sebuah rumah kayu kepunyaannya untuk dijadikan tempat tambahan belajar sementara kepada murid-murid. Pada akhir tahun 1962 Sekolah Rakyat Alor Mengkudu telah diambil alih oleh kerajaan dan dijadikan sekolah bantuan penuh. Jumlah murid seramai 160 orang, 8 orang guru dengan enam kelas dari darjah 1 hingga darjah 6.
           Sekolah bantuan penuh kerajaan yang pertama ini mula dilaksanakan pada 4 November 1966 di atas tapak tanah seluas 4 relong, No. 5811 Lot 557 Mukim Derga, Kota Setar.  Bangunan siap pada bulan Mei 1967 dengan 6 bilik darjah. Bilangan murid pada ketika itu ialah 300 orang. Bagi Darjah 1-3 terdapat 2 kelas setiap aliran sementara darjah 4-6 terdapat 1 kelas setiap aliran. Pada tahun 1972 bangunan tambahan Blok `B` dua tingkat dibina mempunyai 5 bilik darjah, 1 bilik stor, dan tandas murid lelaki dan perempuan berserta kantin.
          Bagi menempung keperluan tambahan bilangan murid sebuah bangunan tambahan dibina Blok `C`.Bangunan satu tingkat ini mempunyai 5 bilik darjah dan antara satu bilik ini dijadikan Bilik Pusat Sumber Sekolah (PSS). Bangunan ini siap untuk digunakan mulai tahun 1987. Bilik-bilik sambungan telah dibina di bangunan Blok `B` untuk dijadikan surau sebagai tempat menjalankan aktiviti amali Pendidikan Agama Islam. Sebuah tandas guru dan stor pekerja dibina dalam tahun 1989. Pada tahun 1990 sebuah pavilion dibina berhadapan bangunan Blok `B`. Pavillion  dijadikan Medan Minda untuk projek galakan membaca.
          Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu telah dinaik tarafkan dari Gred B ke Gred A mulai 1 Januari 1994 kerana jumlah murid melebihi 600 orang. Dengan kenaikan gred sekolah guru besar yang sedia ada iaitu Encik Mahmud bin Taha telah ditukarkan ke Sekolah kebangsaan Gunong, Gunong Keriang, Kota Setar, Kedah mulai 16 April 1994.