Wednesday, 20 February 2013

MESYUARAT PIBG KALI KE 35

MESYUARAT AGUNG PIBG
 KALI KE-35  2013

Tarikh    : 07 FEB 201
Hari : Khamis
     Masa  : 2.30 Petang
                 Tempat  :   Dewan Kafetaria SKAM

Perasmian Oleh:
 Yang Berbahagia Tuan Syeikh Mohd Naim b Hj Ahmad
 Timbalan Pegawai Agama Daerah Kota Setar.

‘Peribadi Terpuji Prestasi Diuji’


 Pencatat mesyuarat PIBG ke 35
 Pengacara majlis dan pengelola PA siaraya

 Taklimat SPI KAFA
 Taklimat PTPTN 
 Ucapan YDP PIBG SK Alor Mengkudu 
En. Nik Ahmat Kamal  Bin Nik Hamid
 Ucapan Perasmian Mesyuarat PIBG Kali Ke 35 oleh 
Tuan Syeikh Mohd Naim b Hj Ahmad 
(Timbalan Pegawai Agama Daerah Kota Setar.)


 Penyampaian cederahati oleh YDP PIBG 
sebagai kenang kenangan
 Mesyuarat PIBG Kali Ke 35 dimulakan oleh pengerusi mesyuarat iaitu Tuan Hj. Abd. Wahab Bin Abu Seman
 Perlantikan AJK baru bagi Sesi 2013-2015
 Jawatankuasa yang dilantik telah mendapat sokongan  ibu bapa dan guru bagi memikul tanggungjawab yang akan dilaksanakan pada tahun 2013-2015.

Akhir mesyuarat diadakan cabutan bertuah dan ini di antara waris yang mendapat hadiah bertuah tersebut. Tahniah!






Saturday, 16 February 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 2013

Sambutan Maulidul Rasul peringkat sekolah merupakan satu program tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam. Pada tahun ini ianya di sambut dengan lebih meriah lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Murid-murid perempuan berpakaian baju kurung dan murid-murid lelaki berbaju melayu. Program ini melibatkan semua warga SKAM iaitu semua guru SKAM, Staf sokongan, guru-guru KAFA dan para waris.

Acara dimulakan dengan selawat beramai-ramai di Tapak Perhimpunan pada pukul 7.50 pagi diikuti oleh perarakan guru dan murid mengelilingi kawasan kampung di sekitar sekolah. Perarakan berakhir di Tapak Perhimpunan pada pukul 9.00 pagi.

Seterusnya guru-guru, staf dan guru-guru KAFA mengadakan sesi bergambar beramai-ramai. Pada pukul 11.00 pagi berlansungnya majlis Ceramah Maulidul Rasul yang di sampaikan oleh Ustaz Zolkifli bin Hj. Deris PK Kokurikulum SK Bukit Tampoi, Kuala Nerang Kedah Darul Aman. Selasai ceramah murid-murid menjawab soala-soalan kuiz yang disediakan oleh Panitia Pendidikan Islam diberikan hadiah saguhati kepada murid yang berjaya menjawab dengan betul. Majlis berakhir dengan selawat penutup pada pukul 1.15 tengahari.


































Pengumuman

Pada 14 Feruari 2013 Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu telah melancarkan "info blast" iaitu penyebaran maklumat dan kegiatan sekolah kepada semua waris melalui telefon bimbit secara mesej.

Monday, 11 February 2013

PROGRAM SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA WARGA SKAM























Program Selamat Datang Ke Sekolah ini telah dijalankan sejak tahun 2012 lagi. Kini program ini diteruskan dari hari pertama persekolahan 2013 hingga ke hari ini. Program ini diadakan bagi menyambut kehadiran murid ke sekolah dan menambahkan lagi kemesraan antara pelajar, guru dan waris serta memberi kasih sayang secara tidak lamgsung kepada murid-murid semua.  program ini berkesinambungan dengan Sekolah Penyayang. Guru bertugas setiap minggu akan memastikan program ini akan berjalan sempurna sepanjang tahun 2013. Dengan kerjasama semua pihak program ini akan terus berjaya dan berharap akan menjadi ikutan kepada sekolah lain.