Friday, 25 October 2013

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

DAN MALIS PERPISAHAN PKKK (EN ANUAR BIN SAAD)

Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Perpisahan diadkan pada:

Tarikh : 24 Ogos 2013
Hari    : Sabtu
Temat : Dewan Kafeteria SKAM

Majlis ini diadakan dengan meriah sekali. Murid-murid membawa kuih-kuih raya yang pelbagai dan dihimpunkan di Kafeteria SKAM untuk menjamu selera beramai-ramai. Murid-murid mengadakan persembahan lagu-lagu raya dan guru-guru juga turut serta menyanyikan lagu raya bersama bagi meraikan majlis tersebut.

Selepas meraikan hari raya warga SKAM meraikan perpisahan Penolong Kanan Ko-Kurikulum iaitu En. Anuar bin Saad yang bertukar ke SK Mergung. Murid-murid menyampaikan hadiah tanda kenang-kenangan dan penghargaan kepada PKKK yang telah berkhidmat lebih kurang 3 tahun di SKAM.


PROGRAM BERBALAS PANTU BERSAMA RTM (KEDAH FM)

Rasional

Program berbalas pantun merupakan  satu program untuk menjalin hubungan kerjasama antara pihak  sekolah dengan pihak luar, seterusnya menjadikan masyarakat menghargai puisi melayu.


Objektif

  1. Mencungkil dan mengetengahkan bakat sedia ada guru dan murid.
  2. Menghayati bulan kemerdekaan melalui puisi melayau yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.
  3. Menjadikan puisi melayu terus dihargai dan di mertabatkan.
  4. Membudayakan pantun dalam kehidupan seharian.


Tentatif program Berbalas Pantun

10.30 pagi              -  Ketibaan tetamu

10.45 pagi              - Aluan pengerusi majlis
                              - Doa
                              - Ucapan

11.00 pagi               - Acara berbalas pantun
                               - Persembahan
12.30 tengah hari    - Penyampaian cenderamata


1.00 petang             - Bersurai
























Sunday, 21 July 2013





PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR










SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN
SEMOGA BERJAYA

Sunday, 14 July 2013

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

TARIKH : 11 JULAI 2013
TEMPAT : DEWAN KAFETARIA SKAM
MASA : 10.45 PAGI
PENCERAMAH : TUAN SYEIKH JAMALUDIN BIN HJ. YAACOB

PENDAHULUAN
Ramadhan adalah bulan anugerah dan lambang kasih kaih saying Allah pada hambaNya. Allah menjanjikan kepada seluruh umat Islam Ramadhan bulan untuk mendapat pahala yang berlipat ganda. Justeru itu, program ini dirancang untuk mendapatkan keredhaan Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah, serta dapat keberkatan dan penghayatan sepanjang Ramadhan ini.

OBJEKTIF
1.    Melatih muridagar sabar melakukan ibadah puasa dan berusaha mencari pahala di bulan baik ini.

2.    Melahirkan murid yang peka dan bertaggungjawab terhadap bulan-bulan kebesaran Allah.

3.    Menyuburkan perasaan cinta akan Ramadhan dan berusaha merebut ganjaran pahala di bulan peuh barakah ini.

4.    Murid-murid dapat dapat menghayati dan melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

Semoga program yang dirancang ini mendapat kerjasama semua pihak, dan dapat berjalan dengan lancer dan teratur. Stiap aktiviti yang dijalakan dapat member input yang baik dan berkesan di hati murid-murid dan warga SKAM. Justeru itu, semoga program ini dapat menambah pengetahan dapat merebut ganjaran pahala dan di samping kita dapat mengimarhkan bulan penuh barakah ini dengan perkara-perkara yang baik dan berfaedah serta mendapat ganjaran di sisi Allah.




Thursday, 11 July 2013

CERDERAMATA KARNIVAL 80 TAHUN SKAM 2013

Sempena sambutan Karnival 80 Tahun SKAM ini Kelab Guru dan Staff telah mengambil inisiatif untuk memperomosikan karnival tersebut dengan menjual bebberapa barangan seperti pensel, pen, key chain, beg serbaguna dan t-shirt kepada warga SKAM. Hasil jualan akan dijadikan dana untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan hingga tiba HAri Karnival 80 tahun SKAM nanti iaitu pada 31 Oktober 2013.

Di sini ada gambar contoh barangan yang akan dijual. Barangan ini akan dijual pada setiap hari Rabu sahaja di sekolah.




                                                     
                                                         


Kepada waris yang berminat untuk menyimpan koleksi barangan kenang-kenangan ini boleh mendapatknya di sekolah melalui anak-anak tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Tuesday, 4 June 2013

SAMUTAN  HARI LAHIR

Sambutan Hari Lahir akan disambut setiap hujung bulan setiap bulan sepanjang tahun. Pada sambutan yang KE-2 bagi warga SKAM menyambut hari lahir pada bulan Februari telah disempurnakan oleh Guru Besar SKAM sendiri. Program ini akan berterusan hingga akhir tahun 2013. Setiap murid dan guru yang tarikh lahirnya jaruh pada bulan Februari telah diberi hadiah yang berupa sebiji kek Marfin sebagai tanda ingatan tulus ikhlas dari pihak sekolah.








Sambutan Hari Lahir April dan Mei







Sambutan Hari Lahir Jun dan Julai